Mai Jana Minda Kita..
Powered by MaxBlogPress 

,ul>
Posted on 03-03-2008
Filed Under (Ulasan Ebook) by AbuSy

Assalamu’alaikum kepada Sdr/Sdri kerana sudi meninjau-ninjau blog nii, saya secara peribadi memang dah lama membaca blog-blog yang di tulis oleh anak-anak tempatan kita. Memang banyak yang boleh dikongsi pengalaman, ilmu dan berbagai perkara lagi.

Konsep blog saya nii sebenarnya bebas tetapi bercita-cita menggarap perihal produk-produk digital khususnya ebook, tapi bernada santai-santai jee. Cuma kalau ada time tajuk serius nanti mungkin ia jadi serius dan macam- macam lagi lah. Ia mungkin macam air laut yang bermusim, ada masa ia akan bergelombang besar, ada masa ia tenang. Kalau bulan Mei tuu biasanya di pantai Kuantan tuu air lautnya tenang jee. Tapi orang ramai suka mandi-mandi. Boleh bawa anak-anak yang kecik-kecik mandi. Tapi kalau musim tengkujuh jangan cari pasal, “dangerous”. Tapi gelombang besar biasanya selepas itu memberi Rahmat yang tersembunyi di sebaliknya. Macam selepas tsunami dulu tuu.. kalau kita buka hati akan nampak Rahmat Allah turun dibumi Acheh tuu malah negara-negara lain yang berjiran dengannya. (renung lah )

Tajuk koi ( duduk Temerloh lah katakan ), mudah jee. Nak tengok respon rakan-rakan yang suka tinjau-tinjau blog koi nii..

EBOOK TEMPATAN MASIH KURANG DIPASARAN

Kalau mengikut kajian ( yang singkat ) anak-anak tempatan kita masih tidak ramai yang tampil untuk mengeluarkan produk-produk digital ataupun ebook yang seperti ini, kalau nak di senaraikan baru hanya tak sampai 10 ke 20 orang sahaja yang terlibat secara serius menghasilkannya. Kalau di semak nama-nama mereka mungkin Sdr/Sdri kenal seperti


dan ramai lagi yang akan diperkenalkan lagi nantii..

Kalau diteliti memang masih tak ramai , dan produk ebook kita masih terbatas kepada beberapa hal sahaja, tidak meliputi pelbagai bidang lagi. Kebanyakkan ebook yang terhasil adalah berkaitan dengan bisnes digital, yang memfokus kepada menjana pendapatan.

Kita mengharap juga dan rasanya akan ( kalau ada / bakal ada ) munculnya ebook-ebook yang berkaitan dengan pelbagai bidang, samada teknologi, kebudayaan, ekonomi, pertanian, pendidikan, profesionalisme, politik, perihal Islam ( hal-hal fardhu ‘ain, ilmu-ilmu fardhu khifayah yang lain ) dan macam-macam lagii lah..

Bibit-bibit kearah itu sudah ada, cuma belum begitu aggresif.. dan saya syorkan kalau nak tulis ebook , gunakan produk dari Sdr.Sham ( Buat Duit Dengan Ebook )

Apakan tidak perlunya .. generasi kita akan datang adalah generasi mesra IT. Tak caya ? tut-tut sejak 3 tahun kebelakangan nii, bukankah medium ICT nii sudah mula menjadi kebiasaan kepada anak muda kita. Tak ke nanti 3 tahun lagi, karya-karya ebook ini menjadi satu produk yang diperlukan ?

Hari ini kita melihat peluang perniagaan melalui internet sahaja yang menjadi sebutan dan canangan.Mungkin 2 ke 3 tahun nanti bukan menjana pendapatan sahaja yang diperkatakan tapi berkembang kepada keperluan-keperluan lain pulak !

Ok lah kita jumpa lagi ! / See you soon ! / Naroo kum qoriiban !

Opps! Saya mencadangkan Sdr/Sdri mendapatkan ebook di bawah ini yang mendedahkan macam-macam rahsia perniagaan digital :Di hasilkan oleh Sdr. Zamri Nanyan ( yang tak asing lagi sebagai antara PELOPOR “internet marketer” Malaysia yang menempa nama :

    Read More   

Comments

Zaman on 13 March, 2008 at 5:55 pm #

Beetoi..ler, cuma kita masih diperingkat awal. Baru nak belajar buat web, baru nak belajar buat blog, baru nak belajar buat ee book, baghu nak belaja’ teknik niche, SEO, video ,marketing lahh semuanya baghu-baghu belaka. Lainlah otai-otai yang dah 3-4 tahun tuuh. Depa dah mula bina empayer..


dauz on 23 March, 2008 at 7:34 pm #

Hoho…mungkin saudara boleh mulakan langkah sendiri dengan membuat e-book sendiri..mana tau gempak kan???
Yang penting ‘FOKUS’
Wah..blog baru menghangatkan blogsphere :)


Din Beramboi on 26 March, 2008 at 3:07 am #

Ummm… dah banyak juga sebenarnya ebook kat Malaysia ni. Kalau adsense, ada Raja Adsense, Tip 101 Adsense, Rahsia Adsense Terbongkar, Jana Wang Adsense, Panduan Adsense Blogger..terbaru ada plak Rahsia Tersembunyi Adsense. Huhu…

Yg penting, kalau nak buat ebook biarlah ada niche market dan blum di buat org lain. Ebook sama pun xpe, cuma idea yg berlainan..bukannya copy n paste jer…hihi. Klu mcm ni, lama2 akan hilangkan keyakinan newbie utk membeli ebook lg. :)


Post a Comment
Name:
Email:
Website:
Comments: