Nak ebook Kahwin tak ?
Powered by MaxBlogPress 

,ul>
Posted on 03-04-2008
Filed Under (Ulasan Ebook) by AbuSy

“Nii ..dah pukul 11.56, 30 Mac ..hujung bulan Mac. Rasanya elok juga dicoret sedikit beberapa cerita-ceriti, walaupun tak daa kena mengena dengan tajuk kat atas tuu maaf le yee. Tengahari tadi ada jemputan majlis aqiqah anak jiran yang juga seorang guru Agama di tempat saya. Adalah sembelih kambiing. Bila nak mula majlis tuu di ajak lah kita yang hadir nii baca berzanji / barzanji. Kalau di Johor tak de masalah lee. Kalau di sini ( Temerloh ) OK lagii, ada yang pandai berlagu-lagu. Tapi kalau di sorong ke anak muda sekarang tak tahulah nak di kata.. tapi kalau di sorong laptop kee.. notebook kee, PC kee… agak-agak macamana. Mana satu yang nak menangkap. Hiii… tentu dah ada jawapan.

Ini salingan jee.

Macamana pun berkaitan dengan ebook tempatan nii, nampaknya semakin hangat. Saya akan usahakan untuk menyenaraikan penulis-penulis ebook tempatan yang ada di Malaysia laa nii bersama produk-produk mereka, bukan apa cuma hendak mengabadikan jasa-jasa mereka dalam memeriahkan prasarana ebook yang ada di Malaysia ini.

Sebenarnya tulisan dari “..ke ..” semuanya diatas saya dah tulis sebelum 1/4/08. Memandangkan saya agak sibuk .. kononnye lah. Memasarkan satu produk fizikal saya tapi melalui internet marketing juga.laa.. ni lah baru dapat menulih ( menulis) semula. Kalau nak tahu tentang benda produk tuu cuba lah tinjau link nii..tonik minda abqori~IQ .

Berbalik pada tajuk di atas, nampaknya sungguh menggembirakan. Makin hari semakin ramai penulis ebook tempatan yang muncul. Kadang-kadang tak kenal pun. Tapi hasil tulisan penulis-penulis nii memang baik, saya sentiasa menyokong. Cuba lihat buku di bawah nii… kalau kita baca banyak juga membantu kepada sesiapa yang hendak mendirikan rumahtangga, saya sangat mengsyorkan :

Di dalam ebook di atas menerangkan permasalahan untuk mengemudikan rumahtangga khususnya berkaitan soal kewangan. Ramai orang teringin nak kahwin, tapi mungkin tersangkut tang perkara itu… RM.. dalam ebook di atas telah memberi pendedahan berkaitan hal tersebut.

Inilah yang “koi” nak cerita . Nampaknya bukan persoalan internet marketing sahaja yang mula ditulis melalui pendekatan ‘ebook’, soal nikah kahwin pun boleh di ebook kan. Apa kata kita buat ebook kisah-kisah benar ? amacam, suka kee tak ? Letih nak baca depan PC ? panjang berjela-jela ? “tak suka…tak suka…” , kalau tak suka buat lah ebook “ape-ape aje”…

“Benih kian bercambah” itulah pokok yang nak dikongsikan. InsyaAllah tahun depan kalau Tuhan panjangkan umur. Kita cerita pulak “Buah yang masak ranum” .

    Read More   
Post a Comment
Name:
Email:
Website:
Comments: