Nak ebook Kahwin tak ?
Powered by MaxBlogPress 

,ul>
Posted on 09-06-2008
Filed Under (Ulasan Ebook) by AbuSy

Assalamu’alaikum,

Salam sejahtera kepada Sdr/Sdr. semoga ceria sentiasa. Sihat walafiat zahir dan batin hendaknya.

Gak lama tak ‘post’, memang benar kata Sdr. Zul kita (salah seorang sifu blog Malaysia) . Kalau nak tulis, yang teliti-seteliti nya memang susah ( saya tengah menyenaraikan penulis-penulis  ebook Malaysia dan karya-karya mereka … sikiiit lagi nak siap ) ..ditambah dengan urusan-urusan offline yang sentiasa cemburu kepada urusan-urusan online nii.., kalau nak jadi IM kenalah disiplin jugak nampaknya . Ada target ( rujuk IM tersohor seperti SaifulSham ).

Jadi kalau nak tulis tuu… apa-apa yang terlintas nak tulis..haa tulis cepat-cepat. Dr. Irfan kata bawa note book kecil ke mana-mana, terlintas apa sahaja, catat point nya. Mungkin berguna satu masa nanti, boleh dikembangkan kee, boleh di canai-canai lagi kee ( bukan roti canai laa… canai-canai nii maksudnya kupas-kupas, hurai-hurai… ) .

Apa agaknya maksud topik di atas yee “Harga minyak VS ebook”. Kepada IM / penulis-penulis ebook dah tentu menangkap awal-awal lagi. Macamana seorang penulis ebook  berjaya mengalahkan harga minyak. Umumnya bagaimana seorang internet marketer ( IM ) berjaya mengalahkan kenaikan harga minyak ? Hinggakan harga minyak menggelepar tersungkur, bukan harga minyak sahaja yang menggelupur bahkan PM ( bukan Perdana Menteri …hu..hu.. ) …Pengusaha Minyak ( Stesyen Minyak ) kehilangan sumber pendapatan akibat Pukulan Maut IM yang semakin ramai. ( Hmmm… nak pegi beli gula kena pakai minyak jugak , lain lah kedai gula sebelah rumah .. hii..hii.. ).

Memandangkan sambutan kepada ebook-ebook Malaysia  yang muncul macam cendawan tumbuh selepas hujan hari ini. Nampak nya dah boleh dikatakan jadi salah satu sumber pendapatan yang OK juga lah . Dan al hasil dari ebook-ebook tu pula ramai muncul IM-IM yang boleh menjana pendapatan yang OK, bila dah OK OK belaka tentulah kesibukan di depan PC / notebook melebihi kesibukan di jalanraya-jalanraya. Susut pengguna jalanraya di ‘buek’ eh.. ( Psst.. sebenarnya % IM dan penggemar internet di Malaysia masih sikit jang ooiii… tak caya cuba tengok dalam www.internetworldstats.com  di Malaysia baru 14.9 juta dari rakyat Malaysia seramai  25,274,133 orang . Yang buat kerja depan komputer / internet …maksudnya IM yang sebenor-benornya dan yang baru nak start berapa % pulak dari 14.9 juta tuu..? … sikit lagi rupanya )

TAPI … kita kata sikit hari nii.. sebenarnya akan bertambah-tambah tak lama lagi - ini bukan ramalan weh.. mai kita tengok peratusan penggunaan internet dari tahun 2000 ialah seramai 3,700,000 dan statistik terkini ialah 14,904,00 orang iaitu kira-kira 60% dari penduduk Malaysia. Perkembangan penggunaan dari tahun 2000 ke hari ini ialah sebanyak 302.8% .

Lebih-lebih lagi laa… ni, isu blog sana-blog sini. Nak dapatkan sokongan dengan menulis di blog dan berbagai-bagai tujuan lagi… SESIAPA YANG PANDAI MENGAMBIL PELUANG dalam hal-ehwal nii… Insya Allah. Rezkii lah jawab nya.

 Berbalik tentang IM , Inilah peluang untuk seseorang IM membina kerjaya mereka dengan menghasilkan ebook-ebook yang benar-benar berkualiti dan boleh dimanfaatkan untuk mengembangkan lagi sumber pendapatan peminat-peminat kepada KERJAYA sebagai IM dll yang bersangkutan dan berkaitan.

 Sebagai contoh En. Nawar telah membantu newbies untuk memperolehi pendapatan melalui AdSense dengan menerbitkan ebook JWA 2.0, walaupun beliau belum menawarkan apa-apa untuk jad JV kee affiliate kee master resellright kee .. produk nya telah mendapat sambutan hangat dan sangat membantu menjana RM.

 Kalau ebook seumpama ini menyebabkan ramai orang rehat kat rumah / bersenam hanya di rumah, serba sedikit Harga Minyak naik kee … turun keee… mereka kira OK lah , kurang terjejas.

Paling tidak ia salah satu pendekatan penjimatan PRAKTIKAL ! Bukan sahaja PENJIMATAN BAHKAN PENDAPATAN pulok ( dapat income ++ penjimatan ).

 Hu..hu.. dah Zohor lah… stop dulu takat nii.. Any ulasan, silakan.

    Read More   
Post a Comment
Name:
Email:
Website:
Comments: