Hmm… tajuk dalam B.I… isi dalam B.M… tak pa lee .. janji apa yang nak di sampaikan boleh di fahami… ( maklumlah.. blog nii sebenor nyee blog sembang-sembang ebook , tapi dua tiga menjak nii kita sangkut sikit kat produk-produk berkait dengan pengiklanan macam Nuffnang nii… )
Bagi mereka yang dah lama bekecimpung dengan Nuffnang, Gokita ( Advertlets ) , Bidvetiser, Google Adsense dan macam-macam lagi produk seumpama ini tentu tak pelik sangat, apa yang nak diperjuangkan ialah pencapaian traffic ke blog masing-masing.
Lagi banyak maklumat yang boleh diperolehi dari blog tersebut lagi akan naik lah pencapaian traffic nya. Di antara kerisauan para pemblog bisnes ialah pencapaian traffic ke blog mereka , dan yang lebih utama mampu menjana income atau menjana pendapatan dari blog-blog tersebut.
Blog bisnes berbeza dengan blog-blog yang tak berbisnes, dalam blog-blog bisnes banyak dibicarakan permasalahan sebegini. Macam Sdr. Zulfadli @ SmartZul atau dalam WangCyber sudah kerap dibicarakan.
Berkaitan dengan Nuffnang “and the tittle above” adalah perbezaaan orang baru dalam Nuffnang dan mereka yang dah berjaya mencapai hampir RM1000 dengan Nuffnang (amaun dalam 1 cek ) .
2 hari lepas saya baru dipaparkan iklan Nuffnang dalam blog ini… maknanya belum ada income lagi… dan yang satu lagi mereka dan kengkawan yang dah dapat RM dari join Nuffnang. Dan ada beberapa tips untuk meningkatkan RM dengan Nuffnang nii…
Cuba lihat beberapa screenshot di bawah :
Gambar di bawah ialah paparan yang baru dikeluarkan di iklan Nuffnang ( pertama kali weih… )

Gambar 2 : Sedutan dari pendapatan Sdr. NoorizamShah :

Gambar 3 : Cek yang diperolehi oleh Sdr. Lam Voon Keong

Daripada apa yang dilihat dengan pencapaian mereka dengan kita yang baru bermula adalah sebagai perangsang dan penggalak untuk kepada “Newbie” untuk lebih gigih lagi dalam memperolehinya.
Bak kata pepatah ; ” Topuk dado tanyo lah kehondak ekau” / “Tepuk dada tanyalah kemahuan kamu”
Di bawah ini di petik sedikit ( in english maa… ) tips bagaimana beliau ( Lam Voon Keong ) mula memjana income sedemikian ( dari Nuffnang sahaja … belum lain-lain… ) :

Haa.. hah… serba sedikit memberi panduan kepada kita untuk mencapai target sebegitu. (( Kalau tak boleh nampak screenshot di atas / baca boleh klik link depa .. kat nama depa.. ))
Any way… ada minat + kemahuan + usaha berterusan ( berbuat ) + doa … InsyaAllah berjaya.