Mai Jana Minda Kita..
Powered by MaxBlogPress 

,ul>



Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera !

Terlebih dahulu , saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf zahir dan batin sepanjang keberadaan e-book Malaysia di alam cyber ini sekiranya dalam perbicaraan dan pertuturan ada menyinggung mana-mana pihak samada disedari atau pun tidak. Sengaja mahupun tidak.

Menyentuh persiapan raya ‘Aidil Fitri kita baru-baru ini macamana ? Mungkin cukup meriah. Balik kampung tentu dah menjadi tradisi. Ibaratnya kalau tak balik kampung macam tak sah lee ghaya kita kan ?..  Kalau saya di kampung dah tiada sesiapa, hanya tinggal rumah kampung yang dijengok anak saudara seminggu sekali. Emak dah lama meninggal dunia ( Al Fatihah ). Ayah adalah tinggal di Seremban bersama Kakak di Tmn. Paroi Jaya. Umur ayah ( orang negori biasonya panggil Abah ) dah menjangkau 90 tahun. Masih boleh berjalan dengan tongkat lah.

Di kampung adalah saudara mara, Nak tahu tak apa nama kampung den. Namo ee… kampung Yu. Kalau dalam google maps boleh lah cari antara Air Mawang dan Tampin, N. Sembilan. Saudara mara yang ramai sebelah Mak, iaitu sepupu-sepupu Mak ( arwah ). Zaman dulu sepupu-sepupu duduk serumah , dah jadi macam adik beradik. Di bela dan dididik oleh Atok Mak ( moyang saya lah ).

Arwah Mak selalu berpesan, kalau Mak dah tak da jangan lupa ziarah saudara -mara , jangan putus silaturrahim.

Raya macam nii lah kena mengambil peluang ziarah-menziarahi, bermaaf-maafan. Dengan saling ziarah-menziarahi, bermaaf-maafan nanti akan mendatangkan rahmat Allah. Hidup akan berkat.

Kalau bila dah balik ke rumah masing-masing jemputlah kawan-kawan ke rumah, atau kita dahulu menziarahi kawan-kawan. Jangan lah nak kena buat rumah terbuka pulak baru nak pergi. Kita pulak kenalah bersedia untuk menerima tetamu. Jangan berat mulut nak menjemput. Hidangkan apa yang ada dan termampu.

Yang pasti niat menziarah dan bermaafan itu yang utama. Makan-minum tuu… sebagai rencah untuk memeriahkan lagi suasana sahaja.

Any way… ‘ala kulli hal … nak ke Temerloh adalah ikan Patin yang boleh di hidangkan. Kalau ke Negori adolah ikan koli salai masak lomak cili api yang boleh dihidangkan… Glup !… tolan air lior di buek eh!..

 Kalau raya dah banyak habis duit … mai kita buat duit samada dengan adsense, nuffnang dan lain-lain yang terbaik dalam alam cyber ini. Ada yang dah dapat cek Nuffnang RM3K… apa mustahilnya anda  untuk mencapainya ?

Setakat ini dahulu, Sekali lagi , selamat hari raya ,maaf zahir dan batin .

(1) Comment    Read More