Mai Jana Minda Kita..
Powered by MaxBlogPress 

,ul>
Posted on 26-03-2008
Filed Under (Internet Marketing) by AbuSy

Assalamu’alaikum/ Apa khabar ?

Semoga hari ini hari yang bertenaga buat kita.

Hari ini ‘moh laa weh’ kita merenung sedikit perbezaan antara perniagaan secara fizikal dan perniagaan melalui internet :

Perniagaan Secara Fizikal ( Biasa ) :

1. Perlukan tapak ( samada kedai, stor, premis dll ).
2. Lokasi strategik.
3. Longgokan produk-produk ( samada peruncitan dll ).
4. Prosedur-prosedur yang banyak dalam mengendalikan sesuatu perniagaan.
5. Kos-kos fizikal yang tinggi.
6. Pertemuan dengan pelanggan yang mesti dan sering dilakukan.
7. Perbelanjaan keraian yang tidak dapat dipisahkan.
8. Mesyuarat yang mesti dilakukan dan kadang-kadang tersangat kerap.
9. Motivasi-motivasi yang perlu diamalkan untuk mengawal dan menigkatkan prestasi.
10.Selalunya memerlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan yang kormesial.
11.Selalunya mengambil masa yang lama untuk dikenali dan diyakini.
12.Strategi pemasaran dan servis yang memuaskan perlu diamalkan.
13.Berhadapan dengan pengendalian material yang banyak
14.Berhadapan dengan karenah dalaman dan luaran ( berkait dengan sikap manusia ).
dan banyak lagi…

Perniagaan Melalui internet :

1. Kos permulaan yang rendah.
2. Boleh berjaya walaupun tiada produk sendiri.
3. Boleh dikuasai oleh sesiapa sahaja ( walaupun buta IT - “maaf”), asalkan ada kemahuan.
4. Tidak perlu lokasi strategik.
5. Tiada longgokan produk atau stok.
6. Prosedur mudah dan boleh segera bermula.
7. Kos fizikal yang rendah , perlu ada ( sebaiknya ) - komputer, talian internet dan serba sedikit keperluan asas berkaitan.
8. Tak perlu pertemuan secara fizikal.
9. Tiada perbelanjaan keraian yang perlu dikeluarkan kecuali anda seorang yang pemurah ( beri bonus / free ebook dll macam “kengkawan” usahawan internet :-)
10.Tiada mesyuarat wajib, kecuali rajin bertukar fikiran melalui forum-forum dengan orang berpengalaman.
11.Tidak mengambil masa yang lama untuk diyakini, kerana sistem yang dijalankan hanya ketelusan sahaja yang dilayan.
12.Strategi pemasaran dan servis banyak dilakukan secara automatik :-)

Dan banyak lagi yang diperkatakan oleh pakar-pakar internet tempatan.

Ringkasnya,

Kemunculan usahawan-usahawan internet di negara kita Malaysia , mercup tumbuh bak cendawan selepas hujan. Sama ada yang baru bermula mahupun yang dah memang pakar. Sama ada melalui website,forum atau blog  . Sama ada pelajar, ahli dalam satu-satu bidang ataupun otai-otai dalam internet marketing.

Kalau ada yang rajin buatlah satu analisa  kategori ‘keseriusan’  dan bentuk penglibatan rakyat di negara kita nii yang berkecimpung diarena internet.

Any way / ‘Ala kulli hal, ada minat, ada kemahuan, ada kesungguhan, jangan malu bertanya : Bak kato orang tuo-tuo “Sogan betanyo ..sosek jalan kang..”

(0) Comments    Read More