Nak ebook Kahwin tak ?
Powered by MaxBlogPress 

,ul>

Dari tajuk adalah ringkasan gambaran rentetan peristiwa yang bersinambungan hingga ke hari ini ( Bulan Puasa Ramadhan ).

Bermula dari pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan gelagat calon-calon yang bertanding yang bertungkus-lumus siang dan malam untuk merealisasikan impian dan cita masing-masing. Ada yang berlebelkan memperjuangkan hak rakyat, ada yang mendakwa akan melakukan yang terbaik buat rakyat yang menghuni kawasan parlimen Permatang Pauh dengan berbagai-bagai janji, dengan berbagai-bagai bentuk dana yang telah disalur dan dilebur demi untuk merebut hati rakyat yang akan hadir mengundi.

Apa yang pasti kemenangan telah berpihak kepada yang menang iaitu Anwar Ibrahim. Yang menang terlompat dan terkinja-kinja seolah-olah “dunia ana yang punya” , apa yang pasti amanah rakyat belum tentu dan pasti terlaksana, namun janji setinggi gunung telah ditabur merata-rata. Rakyat memberi peluang untuk membukti apakah realiti atau tetap di alam fantasi. Apakah yang diperjuangkan cita-cita membela rakyat atau membela cita-cita peribadi ?

Yang kalah buat-buat bersahaja dan menahan rasa. Cita-cita yang membuak-buak sebelumnya terpadam buat seketika. Namun meletakkan harapan untuk bangun kembali merebut takhta yang tidak padam dari cita-cita. Segala strategi akan dibuat untuk merebut takhta yang tidak pasti, apakah boleh dimiliki atau juga berada di alam fantasi.

Detik hari berganti hari sambutan KEMERDEKAAN NEGARA KU MALAYSIA KE-51 telah seluruh rakyat Malaysia meraikannya. Gilang-gemilang tidak terperi, seluruh rakyat bertanggungjawab untuk menyambutnya. Kakitangan kerajaan yang terlibat MESTI terlibat untuk berbaris dan beraksi. Tiada sebab untuk ‘menghilang diri’ kecuali keuzuran yang tidak dapat diatasi.

MERDEKA !… MERDEKA!… MERDEKA!…” laungan penuh semangat patriotisme bersilih ganti. Jasa pejuang tetap tidak dilupai.

Keadaan sambutan pagi di dipadang club penuh warna-warni kemeriahan selantang laungan MERDEKA !…

Namun menyedihkan negara di warnakan dengan kezulmatan ( kegelapan ) permasalahan sosial anak-muda yang bakal mewarisi negara yang kini menyambut KEMERDEKAAN ke-51…. entah apa akan berlaku jika tak diatasi pada majlis KEMERDEKAAN ke-61 ?…. apakah gejala…kezulmatan… akan hilang atau semakin ‘advance’ ?

Apakah yang diperjuangkan dan dislogankan berpijak di bumi yang realiti…. apakah kita menitik-beratkan aspek tertentu sahaja hingga melupakan aspek yang lain pula ? Kita menekankan aspek materialism tetapi apakah juga aspek  rohani ditekan sama ? Kalau kita mendakwa semuanya ditekankan … mengapa masih tidak berlaku keseimbangan… kebendaannya memuncak tinggi tapi rohaninya menjalar di bumi ?

Mengapakah tiada keseimbangan ? Di manakah silapnya ? Apakah pandangan dari akal-akal yang ada di bumi Malaysia ini tidak mampu mengatasinya ? atau apakah pandangan yang memberikan pandangan tiada kemampuan untuk dihormati dan tidak realistik untuk dilaksanakan ? Berbagai pendekatan digubalkan namun ketirisan dan kecatatan juga yang diperkatakan dan dihasilkan.

Apa bukti kita sudah merdeka secara sebenarnya ( MERDEKA SEGALA SUDUT - EKONOMI-BUDAYA-SOSIAL DLL. )… bukti kegagalan kita ialah generasi anak muda kita sebagai bukti BESAR KEGAGALAN KITA ! anak-anak muda yang bakal mewarisi bumi MERDEKA kita SERONOK MEREMPIT !… MENDADAH !… MENTODI !… ME…ME.. dan macam-macam istilah yang MEMBUKTIKAN KEGAGALAN KITA  dalam membangunkan KEMERDEKAAN !

Kalau nak di analisis secara fakta % jenayah, % gejala sosial dan dinisbahkan dengan % kejayaan, % kebanggan , % keharmonian dan kasih-sayang … mana satukah yang lebih tinggi ? Sendiri fikir lah…

Bulan Ramadhan… bulan ibadah, bulan MUHASABAH… segala persoalan di atas PASTI ada jawapannya. Dari KEJAYAAN ada ilmu yang dapat diambil dan dimanfaatkan, begitu juga dari KEGAGALAN ada ilmu dan pengajaran yang dapat diambil. Bukakan hati, renung dan fikirkan,

Bulan puasa Ramadhan Al Mubarak memberi kekuatan buat umat Islam untuk memperbaiki diri dan meningkatkan keTAQWAan . Bulan peluang menebus kesalahan dan dosa demi mengharap RAHMAT dan KASIH-SAYANG TUHAN.

Segala permasalahan pasti ada ubat dan penawarnya. 

Firman Allah Ta’ala :

 ” Jika kamu berselisih faham dalam sesuatu perkara maka kembali kepada ajaran Allah dan Rasul” - An Nisa’ : 59

Kerana Allah mencipta kita, Allah lebih tahu untuk membaiki diri kita dan mengharmonikan hati-hati kita. Dia ( Allah ) mengajar kita, jika berlaku permasalahan, perselisihan, hendaklah kembali mengikut kaedah yang diajar oleh Al Qur’an dan dituntun oleh Hadis untuk mencari penyelesaian.

 Jadikan bulan Ramadhan , bulan menambah kekuatan insaniah kita dengan ‘menghampirkan’ diri keda Tuhan denga berzikir,bertahmid, bertasbih… membaca Al Qur’an, bersedekah dan berbuat kebajikan.

Semoga hari raya ‘Aidil Fitri mendatang benar-benar mengembalikan kita kepada “fitri’ atau fitrah iaitu bersih dan suci seperti kelahiran kita dahulu… moga dipagi hari ‘Aidil Fitri kita bertakbir menyebut “Allahu Akbar” sebagai harapan kejayaan melaksanakan tuntutan ibadah yang difardhukan Tuhan.

Wallahu’alam.

(0) Comments    Read More