Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera !

Terlebih dahulu , saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf zahir dan batin sepanjang keberadaan e-book Malaysia di alam cyber ini sekiranya dalam perbicaraan dan pertuturan ada menyinggung mana-mana pihak samada disedari atau pun tidak. Sengaja mahupun tidak.
Menyentuh persiapan raya ‘Aidil Fitri kita baru-baru ini macamana ? Mungkin cukup meriah. Balik kampung tentu dah menjadi tradisi. Ibaratnya kalau tak balik kampung macam tak sah lee ghaya kita kan ?.. Kalau saya di kampung dah tiada sesiapa, hanya tinggal rumah kampung yang dijengok anak saudara seminggu sekali. Emak dah lama meninggal dunia ( Al Fatihah ). Ayah adalah tinggal di Seremban bersama Kakak di Tmn. Paroi Jaya. Umur ayah ( orang negori biasonya panggil Abah ) dah menjangkau 90 tahun. Masih boleh berjalan dengan tongkat lah.
Di kampung adalah saudara mara, Nak tahu tak apa nama kampung den. Namo ee… kampung Yu. Kalau dalam google maps boleh lah cari antara Air Mawang dan Tampin, N. Sembilan. Saudara mara yang ramai sebelah Mak, iaitu sepupu-sepupu Mak ( arwah ). Zaman dulu sepupu-sepupu duduk serumah , dah jadi macam adik beradik. Di bela dan dididik oleh Atok Mak ( moyang saya lah ).
Arwah Mak selalu berpesan, kalau Mak dah tak da jangan lupa ziarah saudara -mara , jangan putus silaturrahim.
Raya macam nii lah kena mengambil peluang ziarah-menziarahi, bermaaf-maafan. Dengan saling ziarah-menziarahi, bermaaf-maafan nanti akan mendatangkan rahmat Allah. Hidup akan berkat.
Kalau bila dah balik ke rumah masing-masing jemputlah kawan-kawan ke rumah, atau kita dahulu menziarahi kawan-kawan. Jangan lah nak kena buat rumah terbuka pulak baru nak pergi. Kita pulak kenalah bersedia untuk menerima tetamu. Jangan berat mulut nak menjemput. Hidangkan apa yang ada dan termampu.
Yang pasti niat menziarah dan bermaafan itu yang utama. Makan-minum tuu… sebagai rencah untuk memeriahkan lagi suasana sahaja.
Any way… ‘ala kulli hal … nak ke Temerloh adalah ikan Patin yang boleh di hidangkan. Kalau ke Negori adolah ikan koli salai masak lomak cili api yang boleh dihidangkan… Glup !… tolan air lior di buek eh!..
Kalau raya dah banyak habis duit … mai kita buat duit samada dengan adsense, nuffnang dan lain-lain yang terbaik dalam alam cyber ini. Ada yang dah dapat cek Nuffnang RM3K… apa mustahilnya anda untuk mencapainya ?
Setakat ini dahulu, Sekali lagi , selamat hari raya ,maaf zahir dan batin .
Hi,
Salam dan selamat sejahtera… nampaknya tidak lekang lagi membicarakan perihal Nuffnang, saya pun sehingga hari ini masih ditimpa demam Nuffnang ! hah.. haa.. kalau yang dah PRO tu memang tak kisah dah… dalam post kali ini saya mencoretkan sedikit perkembangan blog nii di serbu rakan-rakan Nuffnang ! traffic mendadak ( malu nak cerita weih… tak laa sampai traffic jam samapai tak cukup nak di tanggung dek server tuu… ) dan juga mereka yang dah mencapai 4 angka hanya dengan Nuffnang sahaja !
Serba sedikit traffic Nuffnang ( ke blog sebenarnya…belum click iklan Nuffnang lagi.. ) :
Scrs1 :

Wah..wah bagi yang dah fikir-fikir nak tulis ebook “Rahsia Menjana Income 4-5 angka dengan Nuffnang“ inilah masanya…inilah MASANYA !
Sebab apa dikatakan inilah masanya ? … banyak persoalan timbul tentang :
1. Apa itu Nuffnang ? ( dan yang berkaitan ) …masih ada yang bertanya. sudah di jawab oleh Sdr. NoorizamShah
2. Kenapa iklan Nuffnang tak nak kelua’ kat blog ? - dah dijawab oleh Sdr. NoorizamShah
4.Walaupun dah kelua’ pasai apaaa tak da ‘earn $$$’ lagi ? - belum ada dijelaskan lagi…
5.Iklan mana satu yang tinggi bayarannya ? - belum ada dijelaskan lagi…
6. Bagaiamana nak sedut traffic sehingga klik kat Nuffnang Ads ? - belum ada dijelaskan lagi…
7.Blog macamana yang sesuai menarik iklan-iklan tertinggi nilai kliknya pada Nuffnang Ads ? - belum ada dijelaskan lagi…
8.Adakah niche-niche tertentu yang paling tinggi permintaannya ? - belum ada dijelaskan lagi…
9.Apakah ada cara-cara keyword strategy untuk Nuffnang yang tercanggih ? - belum ada dijelaskan lagi…
10.Last sekali… (ada lagi tuu.. ) … nak buat pee kalau dah dapat 4 ke 5 angka dengan Nuffnang jee nanti ?… jelaskan lee sendiri.. :- )
Di antara Nuffnang Ads :
Scrs2:

Ada beberapa tips yang menyebabkan orang suka dengan tajuk-tajuk yang kita POST kat forum-forum , atau kat mana-mana medan /media perbincangan :
1. Menceritakan tentang perempuan dan ditulis oleh perempuan ( permasalahan mereka dll ).
2.Mencetuskan kontrovesi ( suka buat gimik jee…tapi jangan banyak gimik jee nanti jadi memboringkan pulak.. ) atau tajuk yang melawan arus.
3.Menceritakan peluang menjana income yang memang orang lain atau diri sendiri dah dapat income dengan produk-produk tertentu.
4. Mulakan tajuk dengan BAGAIMANA ? KENAPA ? MACAMANA ?
Spt : Kenapa Dia Dapat.. ? Macamana Aku Dapat.. ? Bagaimana cara nak dapat… ? Kenapa aku tak dapat…?
Di antara sebab dengan menggunakan tambahan ayat - ” cara nak dapat?” … secara psikologinya memang fitrah manusia suka nak dapat sesuatu :
-nak tahu
-nak duit untuk beli,bayar,bagi sesuatu.
-nak sesuatu selain dua perkara di atas…
Mai tengok-tengok Nuffnangers yang dah dapat $$$ dari Nuffnang :
Scrs3:


Mulai hari ..beberapa hari lepas saya mula menunggu cek dari Nuffnang … : - ) … tapi kalau tak mengena maknanya… ada yang tak kena…
Hmm… tajuk dalam B.I… isi dalam B.M… tak pa lee .. janji apa yang nak di sampaikan boleh di fahami… ( maklumlah.. blog nii sebenor nyee blog sembang-sembang ebook , tapi dua tiga menjak nii kita sangkut sikit kat produk-produk berkait dengan pengiklanan macam Nuffnang nii… )
Bagi mereka yang dah lama bekecimpung dengan Nuffnang, Gokita ( Advertlets ) , Bidvetiser, Google Adsense dan macam-macam lagi produk seumpama ini tentu tak pelik sangat, apa yang nak diperjuangkan ialah pencapaian traffic ke blog masing-masing.
Lagi banyak maklumat yang boleh diperolehi dari blog tersebut lagi akan naik lah pencapaian traffic nya. Di antara kerisauan para pemblog bisnes ialah pencapaian traffic ke blog mereka , dan yang lebih utama mampu menjana income atau menjana pendapatan dari blog-blog tersebut.
Blog bisnes berbeza dengan blog-blog yang tak berbisnes, dalam blog-blog bisnes banyak dibicarakan permasalahan sebegini. Macam Sdr. Zulfadli @ SmartZul atau dalam WangCyber sudah kerap dibicarakan.
Berkaitan dengan Nuffnang “and the tittle above” adalah perbezaaan orang baru dalam Nuffnang dan mereka yang dah berjaya mencapai hampir RM1000 dengan Nuffnang (amaun dalam 1 cek ) .
2 hari lepas saya baru dipaparkan iklan Nuffnang dalam blog ini… maknanya belum ada income lagi… dan yang satu lagi mereka dan kengkawan yang dah dapat RM dari join Nuffnang. Dan ada beberapa tips untuk meningkatkan RM dengan Nuffnang nii…
Cuba lihat beberapa screenshot di bawah :
Gambar di bawah ialah paparan yang baru dikeluarkan di iklan Nuffnang ( pertama kali weih… )

Gambar 2 : Sedutan dari pendapatan Sdr. NoorizamShah :

Gambar 3 : Cek yang diperolehi oleh Sdr. Lam Voon Keong

Daripada apa yang dilihat dengan pencapaian mereka dengan kita yang baru bermula adalah sebagai perangsang dan penggalak untuk kepada “Newbie” untuk lebih gigih lagi dalam memperolehinya.
Bak kata pepatah ; ” Topuk dado tanyo lah kehondak ekau” / “Tepuk dada tanyalah kemahuan kamu”
Di bawah ini di petik sedikit ( in english maa… ) tips bagaimana beliau ( Lam Voon Keong ) mula memjana income sedemikian ( dari Nuffnang sahaja … belum lain-lain… ) :

Haa.. hah… serba sedikit memberi panduan kepada kita untuk mencapai target sebegitu. (( Kalau tak boleh nampak screenshot di atas / baca boleh klik link depa .. kat nama depa.. ))
Any way… ada minat + kemahuan + usaha berterusan ( berbuat ) + doa … InsyaAllah berjaya.