Kalau kita lihat di negara-negara yang ramai penduduknya … macam Indonesia, Pakistan atau negara-negara yang penduduknya agak tertekan untuk mendapatkan perbelanjaan hidup. Keadaan mereka menjadi cukup kreatif dalam menghasilkan pelbagai dan bermacam-macam produk. Lihat sahaja di Jakarta Metropolitan, dari sekecil-kecil benda yang kita menganggapnya remeh tetapi telah menjadi sumber pendapatan demi untuk memperolehi sesuap makanan bagi mereka pada hari tersebut. Sebagai contoh dari berbagai reka bentuk ‘keychain’ sehinggalah sepatu refleksi banyak di hasilkan oleh mereka.
Yang terbaru ialah beg bayi yang turut di jual di IKEA yang dipanggil BARNSLIG yang dijual di serata dunia kecuali USA, Kanada dan United Arab Emirates. Walaupun menjadi isu pemulangan barnslig tersebut, tapi apa yang menarik ialah produk yang seremeh itu tetapi mendapat tempat ke serata dunia ! Dan mungkin dengan sedikit pengubahsuaian produk tersebut kembali mendapat tempat !
Ia memberi isyarat dan bukti bahawa apabila sesebuah masyarakat yang mengalami tekanan hidup akan menjadi lebih kreatif hinggakan kekreatifan mereka membuahkan sesuatu yang boleh diguna pakai ke peringkat dunia !
Senario ini sebenarnya telah mula mengidap kehidupan masyarakat kita Malaysia. Dengan kenaikan harga minyak di pasaran dunia dan Malaysia pun terlibat sama walaupun Malaysia di antara pengeluar minyak. Kenaikkan yang mendadak turut mengheret kenaikkan barang keperluan seperti makan - minum, pakaian pengangkutan dan lain-lain .
Untuk orang yang pendapatan bawah RM3000.00 sebulan dan lebih menekan untuk mereka yang berpendapatan bawah RM1000.00 sebulan. Bagaimana hendak menyara hidup ahli keluarga yang seramai 5 ke 10 orang ? sudah tentu tidak mencukupi… Nak tak nak kenalah lebih kreatif dalam hal ehwal mencari income untuk menanggung keperluan sebuah keluarga. Kalau kita ada kemahiran bertukang mungkin boleh menghasilkan produk yang berkaitan dengan kemahiran pertukangan kita… macam membuat frame gambar kee.. frame berukir untuk cermin muka kee..
Kalau kita tak mahir pun tetapi ada minat yang tinggi … boleh beralih macam minat lihat-lihat kerjaya pemasaran internet kee… atau minat melihat orang menghasilkan produk ebook keee.. bila minat dah kuat , apa yang perlu kita buat ? Timba lah ilmu untuk menghasilkan apa yang kita minat. Kalau kita lihat usahawan - usahawan internet kita kebanyakkkan mereka bermula dari MINAT, bukan dari PAKAR…
Saya ulang sekali lagi… mereka bermula dari MINAT, bukan dari PANDAI / PAKAR … saya ulang sekali lagi .. bermula dari MINAT bukan dari PANDAI /PAKAR. … walaupun ada yang memang dah pakar., macam pakar/pandai ICT laa..
MINAT yang mendalam dan dituruti dengan ingin belajar di sertakan dengan BERBUAT akan menghasilkan BUAH ( sesuatu yang diinginkan ).
Lebih-lebih lagi dalam keadaan menigkatnya keperluan hidup hari ini, kalau tak kreatif dalam mencari peluang SUDAH PASTI putus asa dan kehampaan yang mengganti di hadapan.
Untuk meringkaskan cerita dalam POST hari ini, marilah kita tingkatkan kreativiti dan usaha kita, yang penting :
1. Betulkan NIAT… maksudnya kalau kita orang Islam kerana Allah.
2.Jangan tinggal solat.
3. Kalau dah kaya atau nak dimurahkan rezki jangan lupa bersedekah, zakat. ( … tapi orang -orang soleh dulu tak kaya pun kuat bersedekah, hidup mereka berkat ).
Bila menyebut peluang, nii ada satu lagi peluang selain google AdSense ialah Nuffnang yang dah saya sentuh sedikit dalam post terdahulu. Kawan kita NoorizamShah adalah orang terawal menerbitkan ebook percuma berkaitan Nuffnang nii… bagaimana nak mendapat paparan iklan Nuffnang di blog kita pun dibicarakan. Tima kaceh NoorizamShah kerana memberikan panduan yang bermanfaat.
Saya akan membicarakan Nuffnang lagi selepas ini …
Satu penantian keluarnya iklan dari Nuffnang … hmm.. mungkin ada dikalangan pelawat yang dah biasa dengan Nuffnang Ad ni… tapi saya baru nak masukkan iklan-iklan dari company nii… nak tau tak, ada kengkawan yang dapat RM200-RM300 dengan memaparkan iklan-iklan dari Nuffnang nii… nanti saya perdetailkan ( perincikan lah ) pada post akan datang…
Kee.. dah tak sabar-sabar nak tau…
Cuba lawati link Nuffnang ni.. Nuffnang lah.