Nak ebook Kahwin tak ?
Powered by MaxBlogPress 

,ul>

Pada hari nii .. elok juga saya kongsikan perkara-perkara yang perlu kita ambil tahu, terutama sekiranya kita ingin menceburi bidang perniagaan internet.

Pagi tadi kebetulan saya baru balik dari Seremban menziarahi ‘Abah’ saya . Baru-baru nii dia terjatuh dalam bilik air, umurnya tahun nii menjangkau 90 tahun, itu yang tertera pada mykadnya. Lahir pada tahun 1918. Mengikut kata orang, biasanya orang dulu agak lewat daftar kelahiran, boleh jadi lebih setahun. Maknanya umur Abah saya tu dah lebih 90 tahun. Tapi , Alhamdulillah, sehari lepas tu boleh berjalan semula ( tapi pakai tongkat lah :-) ) . Pagi tadi tuu singgah sarapan dokek R&R Ulu Bendul, N.Sembilan nak menuju Temerloh lah, tengah makan nasi lemak, kat TV3, menyiarkan temubual antara Mazidul dengan seorang jemputan dalam rancangan MHI… tau sapa ? .. jeng-jeng : Dr. Irfan Khairi - tak asing lagi diantara ikon usahawan Internet Malaysia.Dr. Irfan nii memang dah dikenali ramai, jutawan muda - melalui medium Internet. Nak tahu lebih lanjut klik saja nama beliau nii Dr. Irfan Khairi.

Dalam program MHI pagi tadi tuu, nampak nya Sdr. Mazidul pun jadi naik semangat nak bisnes internet nii.. Soalan-soalan / respon dari penonton pun dah tak macam mula-mula dulu. Kali nii ramai yang telepon bagi tau kejayaan bisnes internet mereka, dan macam-macam lagilah.

Nampaknya sambutan masyarakat kita terhadap medium internet ni yang agak kehadapan dan peningkatannya begitu cepat. Lihat sahaja pada statistik pengguna internet di Malaysia baru-baru ini iaitu :

Asia : Penduduk seramai 3,733,783,474 sementara pengguna internet seramai 510,478,743 ( mengikut Internetworldstat.com ) .

Malaysia : Penduduk : 24,821,286 sementara pengguna internet mengikut catatan tahun 2000 adalah seramai 3,700,00 dan catatan terakhir ialah seramai 14,904,000 . Peratusan (%) dari penduduk Malaysia ialah 60% dan pertumbuhan pengguna internet naik 302.8% ( kiraan dari 2000-2007 ). Ini adalah satu kadar perkembangan yang sangat memberangsangkan. Dan dijangka pertambahan pengguna-pengguna internet Malaysia akan meledak dengan luarbiasa dalam tempoh terdekat nii…

Apa nak di simpulkan nih ? @%$*! :-(

Berbalik tajuk tadi ( di ataslah ) sebenarnya kita masih tak ketinggalan dalam menguasai hal ehwal internet nii… samada yang berkaitan buat website, blog, buat ebook, rahsia-rahsia bisnes internet, dan 1001 macam lagi hal ehwalnya.Boleh pilih di www.e-bookMalaysia.com.

Tapi janganlah panik, seolah-olah banyak sangat pakej yang kita kena ada, di sini koi cadangkan beberapa produk untuk diperolehi bagi ‘newbie’ . Saya klaskan pakej-pakejnya mengikut keperluan dan kos yang anda ada :

Pakej 1 : Sertai kursus ( bagi yang mampu ) - seperti yang di anjurkan oleh bengkel Dr. Irfan Khair dan Sdr. SaifulSham.( selain ebook )

Pakej 2 : Beli produk ASAS ( harga OK ) - seperti Pakej Web Jualan Evolusi, kalau nak buat blog dengan Pakej Kit Blogger. Kalau nak jana income melalui Adsense pilih produk Panduan Adsense oleh Raja Adsense

Dengan pilihan-pilihan produk di atas biasanya kita akan dapat memahami ‘alam’ ini dan boleh berkembang dari masa ke semasa.

Tk.

(1) Comment    Read More