Nak ebook Kahwin tak ?
Powered by MaxBlogPress 

,ul>

Dari tajuk adalah ringkasan gambaran rentetan peristiwa yang bersinambungan hingga ke hari ini ( Bulan Puasa Ramadhan ).

Bermula dari pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan gelagat calon-calon yang bertanding yang bertungkus-lumus siang dan malam untuk merealisasikan impian dan cita masing-masing. Ada yang berlebelkan memperjuangkan hak rakyat, ada yang mendakwa akan melakukan yang terbaik buat rakyat yang menghuni kawasan parlimen Permatang Pauh dengan berbagai-bagai janji, dengan berbagai-bagai bentuk dana yang telah disalur dan dilebur demi untuk merebut hati rakyat yang akan hadir mengundi.

Apa yang pasti kemenangan telah berpihak kepada yang menang iaitu Anwar Ibrahim. Yang menang terlompat dan terkinja-kinja seolah-olah “dunia ana yang punya” , apa yang pasti amanah rakyat belum tentu dan pasti terlaksana, namun janji setinggi gunung telah ditabur merata-rata. Rakyat memberi peluang untuk membukti apakah realiti atau tetap di alam fantasi. Apakah yang diperjuangkan cita-cita membela rakyat atau membela cita-cita peribadi ?

Yang kalah buat-buat bersahaja dan menahan rasa. Cita-cita yang membuak-buak sebelumnya terpadam buat seketika. Namun meletakkan harapan untuk bangun kembali merebut takhta yang tidak padam dari cita-cita. Segala strategi akan dibuat untuk merebut takhta yang tidak pasti, apakah boleh dimiliki atau juga berada di alam fantasi.

Detik hari berganti hari sambutan KEMERDEKAAN NEGARA KU MALAYSIA KE-51 telah seluruh rakyat Malaysia meraikannya. Gilang-gemilang tidak terperi, seluruh rakyat bertanggungjawab untuk menyambutnya. Kakitangan kerajaan yang terlibat MESTI terlibat untuk berbaris dan beraksi. Tiada sebab untuk ‘menghilang diri’ kecuali keuzuran yang tidak dapat diatasi.

MERDEKA !… MERDEKA!… MERDEKA!…” laungan penuh semangat patriotisme bersilih ganti. Jasa pejuang tetap tidak dilupai.

Keadaan sambutan pagi di dipadang club penuh warna-warni kemeriahan selantang laungan MERDEKA !…

Namun menyedihkan negara di warnakan dengan kezulmatan ( kegelapan ) permasalahan sosial anak-muda yang bakal mewarisi negara yang kini menyambut KEMERDEKAAN ke-51…. entah apa akan berlaku jika tak diatasi pada majlis KEMERDEKAAN ke-61 ?…. apakah gejala…kezulmatan… akan hilang atau semakin ‘advance’ ?

Apakah yang diperjuangkan dan dislogankan berpijak di bumi yang realiti…. apakah kita menitik-beratkan aspek tertentu sahaja hingga melupakan aspek yang lain pula ? Kita menekankan aspek materialism tetapi apakah juga aspek  rohani ditekan sama ? Kalau kita mendakwa semuanya ditekankan … mengapa masih tidak berlaku keseimbangan… kebendaannya memuncak tinggi tapi rohaninya menjalar di bumi ?

Mengapakah tiada keseimbangan ? Di manakah silapnya ? Apakah pandangan dari akal-akal yang ada di bumi Malaysia ini tidak mampu mengatasinya ? atau apakah pandangan yang memberikan pandangan tiada kemampuan untuk dihormati dan tidak realistik untuk dilaksanakan ? Berbagai pendekatan digubalkan namun ketirisan dan kecatatan juga yang diperkatakan dan dihasilkan.

Apa bukti kita sudah merdeka secara sebenarnya ( MERDEKA SEGALA SUDUT - EKONOMI-BUDAYA-SOSIAL DLL. )… bukti kegagalan kita ialah generasi anak muda kita sebagai bukti BESAR KEGAGALAN KITA ! anak-anak muda yang bakal mewarisi bumi MERDEKA kita SERONOK MEREMPIT !… MENDADAH !… MENTODI !… ME…ME.. dan macam-macam istilah yang MEMBUKTIKAN KEGAGALAN KITA  dalam membangunkan KEMERDEKAAN !

Kalau nak di analisis secara fakta % jenayah, % gejala sosial dan dinisbahkan dengan % kejayaan, % kebanggan , % keharmonian dan kasih-sayang … mana satukah yang lebih tinggi ? Sendiri fikir lah…

Bulan Ramadhan… bulan ibadah, bulan MUHASABAH… segala persoalan di atas PASTI ada jawapannya. Dari KEJAYAAN ada ilmu yang dapat diambil dan dimanfaatkan, begitu juga dari KEGAGALAN ada ilmu dan pengajaran yang dapat diambil. Bukakan hati, renung dan fikirkan,

Bulan puasa Ramadhan Al Mubarak memberi kekuatan buat umat Islam untuk memperbaiki diri dan meningkatkan keTAQWAan . Bulan peluang menebus kesalahan dan dosa demi mengharap RAHMAT dan KASIH-SAYANG TUHAN.

Segala permasalahan pasti ada ubat dan penawarnya. 

Firman Allah Ta’ala :

 ” Jika kamu berselisih faham dalam sesuatu perkara maka kembali kepada ajaran Allah dan Rasul” - An Nisa’ : 59

Kerana Allah mencipta kita, Allah lebih tahu untuk membaiki diri kita dan mengharmonikan hati-hati kita. Dia ( Allah ) mengajar kita, jika berlaku permasalahan, perselisihan, hendaklah kembali mengikut kaedah yang diajar oleh Al Qur’an dan dituntun oleh Hadis untuk mencari penyelesaian.

 Jadikan bulan Ramadhan , bulan menambah kekuatan insaniah kita dengan ‘menghampirkan’ diri keda Tuhan denga berzikir,bertahmid, bertasbih… membaca Al Qur’an, bersedekah dan berbuat kebajikan.

Semoga hari raya ‘Aidil Fitri mendatang benar-benar mengembalikan kita kepada “fitri’ atau fitrah iaitu bersih dan suci seperti kelahiran kita dahulu… moga dipagi hari ‘Aidil Fitri kita bertakbir menyebut “Allahu Akbar” sebagai harapan kejayaan melaksanakan tuntutan ibadah yang difardhukan Tuhan.

Wallahu’alam.

(0) Comments    Read More   
Posted on 03-08-2008
Filed Under (Santai Temerloh) by AbuSy



Post kali ini santai-santai aje… cuma nak berkongsi keindahan ciptaan Tuhan di Bandar Temerloh yang lebih dikenali sebagai bandar ikan patin. 

 Kalau rasa-rasa nak  tenang-tenangkan otak yang tengah berserabut dengan ebook-ebook yang hendak dijualkan kee.. atau ebook-ebook yang hendak diterbitkan boleh lah duduk kat jeti di Lurah Semantan, Temerloh nih…

Nak tau tak… kalau time nii, ok lah boleh duduk-duduk kat jeti bawah ( lihat gambar ) , tapi kalau musim tengkujuh jangan main-main lah  air sungai Pahang nii boleh menigkat hingga tengelam tiang dan lampu-lampu tu sekali.

Kalau ada yang berminat nak datang kat Temerloh , moh lee . Ada tempat-tempat menginap yang O.K, di antaranya Green Park Hotel, Hotel Jelai, Hotel Sri Malaysia, Bukit Bendera Resort ( Mentakab…tak jauh dari Temerloh ). Kalau Hotel Jelai tu ada WiFi di sediakan. Untuk usahawan internet tak de masalah, sekarang pun dah macam-macam jenis broadband ade . Maxis, Celcom dll dah sediakan… cuma RM nya aje.

Bila datang Temerloh biasanya orang tak boleh lupakan masakan ikan Patin … terutama resipi Ikan Patin Masak Tempoyak… kalau dah kena teringat sampai ke tua.

Tak caya ? Cuba dulu baru tau…

Jambatan tu menghubungkan Bandar Temerloh ke Seberang Temerloh menuju Maran dan Kuantan ( ikut jalan lama ).

Berbalik kepada ikan Patin tadi .. meh tengok usahawan ikan Patin dulu..

Lekeh-lekeh nak menyediakan satu petak sangkar tu.. dalam RM4 ribu . Bukan sikit-sikt. Untuk cukup pusingan membekalkan ikan patin paling-paling tidak kena ada 20 sangkar . Hah… dah berapa tuu…

Itu baru satu rumah sangkar.

O.K.  brek mengejut … kita gantung cerita ikan Patin dan Temerloh sampai sini dulu… jumpa lagi.

(0) Comments    Read More   
Posted on 23-07-2008
Filed Under (Misi Jutawan) by AbuSy

Ada cita-cita jadi jutawan ?

    Masing-masing dalam kehidupan yang mempunyai cita-cita dalam hidup.
    Mari merenung perihal cita-cita :
    …. sebelum tuu ada dialog :
    Dialog 1 : 
    Ibu : Man…Maan ( si ibu ingin bertanya sesuatu kepada anaknya yang berusia 7 tahun ).., Man dah besar nanti nak jadi apa?
    Anak : Man nak jadi Polis… ( sambil tersenyum menggoyang-goyangkan kaki )
    Ibu : Kenapa Man nak jadi polis ? ( tangan bergerak-gerak mengusap kepala anak manjanya ).
    Anak : Boleh tangkap orang jahat !…
    Ibu : Hebatnya… anak Mak ni… ( tidak menongkah bahkan mendorong pula.. )
    Dialog 2 :
    Ibu : Sahak… nanti dah besar nak jadi apa ?
    Anak : Ahak nak jadi Menteri !
    Ibu : Apa Hak ? nak jadi Menteri ? ( terkejut… kerana tak pernah-pernah ajar anak cakap macam tuu… )
    Dialog 3 :
    Ibu : Usop… nak besar nanti nak jadi apa ?
    Usop: Hmm… Sop nak jadi jutawan mak..
    Ibu : Bia’ lah betui-betui Sop… nak tangkap ikan haruan boleh lah macam abah kau tu…
    Usop : Sop nak hantar mak dan abah pegi haji…Sop nak jadi jutawan ! ( Usop berkeras dengan cita-cita dia… entah dari mana dia dengar perkataan jutawan tuu pun tak tahu… )
    Ah…haa… ada 3 dialog tentang cita-cita, ada beza tak ketiga-tiga dialog tuu… ringkasnya ada 3 kategori :
    1. Makan gaji
    2.Berpolitik
    3.Usahawan
    Ketiga - tiga nya berbeza  dalam cita-cita, pencapaian dan kehidupan .
    Sebagai insan kita mesti ada cita-cita. Yang nak menyuburkan dan menanamkan cita-cita mestilah ada orangnya. Kalau peringkat awal ibu kita lah atau bapa kita, kemudian guru-guru kita, kemudian permasalahan dan kehidupan kita mengajar kita supaya ada cita-cita.
    Ada orang ‘level’ cita-citanya kecik-kecik sahaja, ada yang pertengahan, ada yang pelik-pelik dan kadang-kadang tak masuk akal.
    Pada pendapat saya… dalam nak mencapai cita-cita nii… perlu ada pembimbing. Kalau ‘menonong’ ( sembrono / hentam saja ) biasanya tidak ke mana.
    Kemudian dalam hal mengejar cita-citanya ada pula onak dan durinya :
    1.Ada yang mengejar cita-citanya dan memperolehinya.
    2. Ada yang mengejar cita-citanya dan tidak kesampaian ( faktor umur dsb ).
    3.Ada yang mengejar cita-citanya dan menemui kegagalan.
    4.Ada yang tiada cita-cita dan dibawa oleh suasana.
    5.Ada yang bercita-cita tapi tak tahu apa yang nak dicita-citakan ( ??? )
    ( Ke lima-lima perkara di atas tuu saya tak nak hurai-hurai lah, InsyaAllah di masa lain )
    Cuba klik banner kat bawah atau kat atas… nanti adalah huraian macamana nak jadi jutawan ( kalau ada cita-cita macam tuu… lah ) . Lepas tuuu kalau dah jadi jutawan nanti jangan lupa berzakat dan bersedekah lak.
    Nasihat : Cita-cita nak selamat di akhirat pun kena ada pembimbingnya…
(0) Comments    Read More