Nak ebook Kahwin tak ?
Powered by MaxBlogPress 

,ul>
Posted on 03-08-2008
Filed Under (Santai Temerloh) by AbuSy



Post kali ini santai-santai aje… cuma nak berkongsi keindahan ciptaan Tuhan di Bandar Temerloh yang lebih dikenali sebagai bandar ikan patin. 

 Kalau rasa-rasa nak  tenang-tenangkan otak yang tengah berserabut dengan ebook-ebook yang hendak dijualkan kee.. atau ebook-ebook yang hendak diterbitkan boleh lah duduk kat jeti di Lurah Semantan, Temerloh nih…

Nak tau tak… kalau time nii, ok lah boleh duduk-duduk kat jeti bawah ( lihat gambar ) , tapi kalau musim tengkujuh jangan main-main lah  air sungai Pahang nii boleh menigkat hingga tengelam tiang dan lampu-lampu tu sekali.

Kalau ada yang berminat nak datang kat Temerloh , moh lee . Ada tempat-tempat menginap yang O.K, di antaranya Green Park Hotel, Hotel Jelai, Hotel Sri Malaysia, Bukit Bendera Resort ( Mentakab…tak jauh dari Temerloh ). Kalau Hotel Jelai tu ada WiFi di sediakan. Untuk usahawan internet tak de masalah, sekarang pun dah macam-macam jenis broadband ade . Maxis, Celcom dll dah sediakan… cuma RM nya aje.

Bila datang Temerloh biasanya orang tak boleh lupakan masakan ikan Patin … terutama resipi Ikan Patin Masak Tempoyak… kalau dah kena teringat sampai ke tua.

Tak caya ? Cuba dulu baru tau…

Jambatan tu menghubungkan Bandar Temerloh ke Seberang Temerloh menuju Maran dan Kuantan ( ikut jalan lama ).

Berbalik kepada ikan Patin tadi .. meh tengok usahawan ikan Patin dulu..

Lekeh-lekeh nak menyediakan satu petak sangkar tu.. dalam RM4 ribu . Bukan sikit-sikt. Untuk cukup pusingan membekalkan ikan patin paling-paling tidak kena ada 20 sangkar . Hah… dah berapa tuu…

Itu baru satu rumah sangkar.

O.K.  brek mengejut … kita gantung cerita ikan Patin dan Temerloh sampai sini dulu… jumpa lagi.

(0) Comments    Read More   
Posted on 23-07-2008
Filed Under (Misi Jutawan) by AbuSy

Ada cita-cita jadi jutawan ?

    Masing-masing dalam kehidupan yang mempunyai cita-cita dalam hidup.
    Mari merenung perihal cita-cita :
    …. sebelum tuu ada dialog :
    Dialog 1 : 
    Ibu : Man…Maan ( si ibu ingin bertanya sesuatu kepada anaknya yang berusia 7 tahun ).., Man dah besar nanti nak jadi apa?
    Anak : Man nak jadi Polis… ( sambil tersenyum menggoyang-goyangkan kaki )
    Ibu : Kenapa Man nak jadi polis ? ( tangan bergerak-gerak mengusap kepala anak manjanya ).
    Anak : Boleh tangkap orang jahat !…
    Ibu : Hebatnya… anak Mak ni… ( tidak menongkah bahkan mendorong pula.. )
    Dialog 2 :
    Ibu : Sahak… nanti dah besar nak jadi apa ?
    Anak : Ahak nak jadi Menteri !
    Ibu : Apa Hak ? nak jadi Menteri ? ( terkejut… kerana tak pernah-pernah ajar anak cakap macam tuu… )
    Dialog 3 :
    Ibu : Usop… nak besar nanti nak jadi apa ?
    Usop: Hmm… Sop nak jadi jutawan mak..
    Ibu : Bia’ lah betui-betui Sop… nak tangkap ikan haruan boleh lah macam abah kau tu…
    Usop : Sop nak hantar mak dan abah pegi haji…Sop nak jadi jutawan ! ( Usop berkeras dengan cita-cita dia… entah dari mana dia dengar perkataan jutawan tuu pun tak tahu… )
    Ah…haa… ada 3 dialog tentang cita-cita, ada beza tak ketiga-tiga dialog tuu… ringkasnya ada 3 kategori :
    1. Makan gaji
    2.Berpolitik
    3.Usahawan
    Ketiga - tiga nya berbeza  dalam cita-cita, pencapaian dan kehidupan .
    Sebagai insan kita mesti ada cita-cita. Yang nak menyuburkan dan menanamkan cita-cita mestilah ada orangnya. Kalau peringkat awal ibu kita lah atau bapa kita, kemudian guru-guru kita, kemudian permasalahan dan kehidupan kita mengajar kita supaya ada cita-cita.
    Ada orang ‘level’ cita-citanya kecik-kecik sahaja, ada yang pertengahan, ada yang pelik-pelik dan kadang-kadang tak masuk akal.
    Pada pendapat saya… dalam nak mencapai cita-cita nii… perlu ada pembimbing. Kalau ‘menonong’ ( sembrono / hentam saja ) biasanya tidak ke mana.
    Kemudian dalam hal mengejar cita-citanya ada pula onak dan durinya :
    1.Ada yang mengejar cita-citanya dan memperolehinya.
    2. Ada yang mengejar cita-citanya dan tidak kesampaian ( faktor umur dsb ).
    3.Ada yang mengejar cita-citanya dan menemui kegagalan.
    4.Ada yang tiada cita-cita dan dibawa oleh suasana.
    5.Ada yang bercita-cita tapi tak tahu apa yang nak dicita-citakan ( ??? )
    ( Ke lima-lima perkara di atas tuu saya tak nak hurai-hurai lah, InsyaAllah di masa lain )
    Cuba klik banner kat bawah atau kat atas… nanti adalah huraian macamana nak jadi jutawan ( kalau ada cita-cita macam tuu… lah ) . Lepas tuuu kalau dah jadi jutawan nanti jangan lupa berzakat dan bersedekah lak.
    Nasihat : Cita-cita nak selamat di akhirat pun kena ada pembimbingnya…
(0) Comments    Read More   
Posted on 15-07-2008
Filed Under (Nuffnang) by AbuSy



Hi,

Salam dan selamat sejahtera… nampaknya tidak lekang lagi membicarakan perihal Nuffnang, saya pun sehingga hari ini masih ditimpa demam Nuffnang !  hah.. haa.. kalau yang dah PRO tu memang tak kisah dah… dalam post kali ini saya mencoretkan sedikit perkembangan blog nii di serbu rakan-rakan Nuffnang ! traffic mendadak ( malu nak cerita weih… tak laa sampai traffic jam  samapai tak cukup nak di tanggung dek server tuu… ) dan juga mereka yang dah mencapai 4 angka hanya dengan Nuffnang sahaja !

Serba sedikit traffic Nuffnang ( ke blog sebenarnya…belum click iklan Nuffnang lagi.. ) :
Scrs1 :

Wah..wah bagi yang dah fikir-fikir nak tulis ebook “Rahsia Menjana Income 4-5 angka  dengan Nuffnang“  inilah masanya…inilah MASANYA !

Sebab apa dikatakan inilah masanya ? … banyak persoalan timbul tentang :

1. Apa itu Nuffnang ? ( dan yang berkaitan ) …masih ada yang bertanya. sudah di jawab oleh Sdr. NoorizamShah

2. Kenapa iklan Nuffnang tak nak kelua’ kat blog ? - dah dijawab oleh Sdr. NoorizamShah

4.Walaupun dah kelua’ pasai apaaa tak da ‘earn $$$’ lagi ? - belum ada dijelaskan lagi…

5.Iklan mana satu yang tinggi bayarannya ?  - belum ada dijelaskan lagi…

6. Bagaiamana nak sedut traffic sehingga klik kat Nuffnang Ads ?  - belum ada dijelaskan lagi…

7.Blog macamana yang sesuai menarik iklan-iklan tertinggi nilai kliknya pada Nuffnang Ads ?  - belum ada dijelaskan lagi…

8.Adakah niche-niche tertentu yang paling tinggi permintaannya ? - belum ada dijelaskan lagi…

9.Apakah ada cara-cara keyword strategy  untuk Nuffnang yang tercanggih ? - belum ada dijelaskan lagi…

10.Last sekali…  (ada lagi tuu.. ) … nak buat pee kalau dah dapat 4 ke 5 angka dengan Nuffnang jee nanti ?… jelaskan lee sendiri.. :- )

Di antara Nuffnang Ads :

Scrs2:

Ada beberapa tips yang menyebabkan orang suka dengan tajuk-tajuk yang kita POST kat forum-forum , atau kat mana-mana medan /media perbincangan :

1. Menceritakan tentang perempuan dan ditulis oleh perempuan ( permasalahan mereka dll ).

2.Mencetuskan kontrovesi ( suka buat gimik jee…tapi jangan banyak gimik jee nanti jadi memboringkan pulak.. ) atau tajuk yang melawan arus.

3.Menceritakan peluang menjana income yang memang orang lain atau diri sendiri dah dapat income dengan produk-produk tertentu.

4. Mulakan tajuk dengan BAGAIMANA ? KENAPA ? MACAMANA ?

Spt : Kenapa Dia Dapat.. ? Macamana Aku Dapat.. ? Bagaimana cara nak dapat… ?  Kenapa aku tak dapat…?

Di antara sebab dengan menggunakan tambahan ayat -  ” cara nak dapat?” … secara psikologinya memang fitrah manusia suka nak dapat sesuatu :
-nak tahu
-nak duit untuk beli,bayar,bagi sesuatu.
-nak sesuatu selain dua perkara di atas…

Mai tengok-tengok Nuffnangers yang dah dapat $$$ dari Nuffnang :

Scrs3:

Sdr. Noorizamshah :

5xmom :

Mulai hari ..beberapa hari lepas saya mula menunggu cek dari Nuffnang … : - ) … tapi kalau tak mengena maknanya… ada yang tak kena…

(0) Comments    Read More